Ada tak sesiapa kat sini yang pernah..1. Join MLM
2. Join majlis penerangan MLM
3. Ada kawan ajak pegi makan/minum utk dengar pasal MLM
4. Ada kawan ajak masuk MLM
5. Terima brochure pasal MLM
6. Dengar pasal MLM
7. Beli barang MLM
CNI, Luxor, Amway, Zhulian, Elken & Tapawer.. antara brand-brand MLM yg gua pernah dengar sejak gua hidup kat muka bumi. Benda ni dah lama wujud, dan rasanya dah lebih 16 kali gua pernah diajak oleh sedara & jugak kawan-kawan gua untuk join MLM ni. Yang terbaru, gua punya customer. Tiap-tiap minggu sekarang call gua suruh masuk amway. Adeii.. tensen gua. Ni belum termasuk geng-geng fb.
Sejak dari mula-mula gua kenal kenal MLM ni, gua dah perati banyak benda pasal orang-orang yang menjayakan benda ni. Macam-macam pesen dan macam-macam stail. Secara kasarnya, gua boleh kelaskan benda tu kepada POSITIF & NEGATIF.
POSITIF:
1. Orang yg buat MLM ni memang rajin & komited. Kalau diorang bagi talks, memang boleh nampak dioarang punya obsesi dgn MLM ni. Berbuih mulut cakap.
2. Diorang ni jugak oportunis. Selalu cari peluan untuk selitkan dia punya agenda dlm apa-apa keadaan yg sesuai.
3. Suka tolong orang. Tapi kadang-kadang tolong tu tak berapa ikhlas.
NEGATIF:
1. Ramai yg tak loyal/setia dgn seseuatu brand. Minggu ni dia ajak kita join zhulian, tengok-tengok minggu depan mamat ni dah jual produk elken. Macam lalang laa..
2. Oportunistik, jugak boleh jadi benda negatif. Kadang-kadang kita tak perasan ajakan diaorang untuk buat sesuatu aktiviti tu sebenarnya ada udang di sebalik mee. Asyik nak selit je dia punya produk.
3. Kekadang diaorang ni bila dah terlampau asyik cakap pasal dia punya barang, kekadang sampai jadi riak dan menghina kekawan yg lain. "Aku kalau setakat mata belalang tu tak heran la sekarang, 16 bijik aku boleh beli" antara ayat-ayat cliche.
Tapi sebenarnya, gua bukan lahnak menghakimi samada MLM ni baik ke buruk. Gua tak layak menjadi hakim. Terpulang kepada korang samada nak kata benda ni baik atau buruk. Kalau dah boleh membantu menyenangkan hidup kita, apa salahnya. Tapi janganlah sampai kita menghina orang dan lupa tuhan.
No comments:
Post a Comment