Monday, June 14, 2010

Mana Nak Cari Gula, Tepung & Minyak ni..


Hari ni 14 Jun. Esok 15 Jun. Kalau ikutkan sejarah memang takde pape yg menarik berlaku pada tarikh 15 Jun. Sebenarnya tarikh ni takde kaitan dengan sejarah pun. Tarikh ni ialah di mana kerajaan Malaysia kata "sapa-sapa nak jual gula, tepung & minyak masak kena ada lesen". Maksudnya?



Maksudnya selepas pada tarikh ini para peniaga runcit mungkin akan berhenti dari menjual gula kepada orang ramai. Mereka tak nak terlibat dengan lesen-lesen ni. Leceh. Tapi kerajaan Malaysia kata mesti ambik lesen.


Kalau nak jual tapi takde lesen? Para peniaga akan didapati melanggar undang-undang, mungkin akan ditangkap, mungkin didenda dan mungkin dipenjara. Sebab apa? Sebab jual gula takde lesen. Haah??

No comments:

Post a Comment