Tuesday, July 20, 2010

Semenjak Dua Menjak..

Semenjak dua menjak ni sibuk la sikit. Mula-mula sibuk layan world cup ngan sotong paul. Sekarang ni tengah sibuk cari kerja. Maklum la kerja skarang dah tak berapa nak boleh cari makan.

Lepas ni akan sibuk lagi. Sibuk bulan puasa buat amal ibadat. Lepas tu sibuk lagi, apalagi, sibuk raya laa..

Sunday, June 20, 2010

Lokasi Berendam

Di rekomenkan. Kawasan bersih. Tempat mandi OK. Sesuai untuk kanak-kanak.












Thursday, June 17, 2010

Adeii.. panas telinga gua..

SILA BACA:

The Star, 18 June 2010

PETALING JAYA: Earning RM3,000 a month should be manageable if folks living in cities cut down on overheads such as Astro and cars, said minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

The Federal Territories and Urban Well-Being Minister said having cars could be a burden owing to the high cost of maintenance.
He added that a survey showed there was an average of three cars to a flat unit.
However, he did not say if the three-car-to-a-flat ratio was due to several tenants staying in one unit.


Raja Nong Chik said the cost of living depended on one’s lifestyle, adding that even the rich would complain of hardship if they had a RM1mil loan to service.
“This city is liveable for those earning RM3,000 a month, provided they do not live in luxurious places,’’ he said.


Raja Nong Chik said this when asked to comment on recent reports in The Star highlighting financial hardships faced by the middle-income group because of the escalating cost of living in the Klang Valley.

The minister said the overall cost of living in the Klang Valley was not that high compared with other foreign cities because the Govern­ment subsidised many daily necessities.


Adeii.. berdesing telinga gua baca benda ni. Dah la benda ni paling awal gua baca kat ofis pagi-pagi. Terjejas mood gua. Ini tipikal statement dari menteri-menteri Malaysia bila rakyat jelata mengeluh dan mengadu pasal keperitan hidup setiap hari. Mangkuk ni gaji berpuluh-puluh riban, rumah kat Bukit Damansara boleh la cakap cam ni. Orang cam gua yg gaji tak berapa sen ni yang seksa menanggung.

Ahhh.. tak nak citer panjang lagi. Bikin hati panasss..

Wednesday, June 16, 2010

Ramainya pakar di Malaysia

Malaysia memang ada ramai pakar. Bukan pakar bedah, bukan pakar sakit puan. Tapi pakar bola. Al-maklumlah sekarang musim bola. Semua orang nak jadi pakar. Sampaikan makcik-makcik kat ofis gua pun dah kenal Messi.

Pakar-pakar ni bila bersembang, orang lain lebih baik jangan bukak mulut. Sebabnya, pendapat orang lain takkan betul. Dia je betul, maklumlah pakar kan. Sebab tu gua kalau bab bola sekarang gua memang tak sembang. Bagi dekat pakar-pakar ni je. Kalau kita bagitau pakar ni team mana kita sokong, dia akan bagi 10 sebab kenapa team kita tu tak bagus dan tak patut disokong. Lepas tu, dia akan bagitau team mana kita patut sokong, beserta dengan 10 hujah dan sebab musabab. Fuhhh.. memang terbaiklah.

Kalau macam ni, John Dykes ngan Shebby Singh pun bungkus, tak boleh cari makan.

Aiseyman.. bos sudah marah..


The Star, 16 June 2010.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak wants the sugar, flour and cooking oil retail licence controversy to be resolved, and has directed the ministry concerned to negotiate a settlement.
The Prime Minister said the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry must address the issue involving grocers boycotting the sale of sugar, flour and cooking oil.
He said he had directed the ministry to negotiate with the Federation of Sundry Goods Merchants Association to resolve the issue.



Haaa.. kang bos dah marah. Karang ada yang kena sembur dengan bos nanti. Baik buat betul-betul. Benda kecik macam ni pun tak boleh setel. Semua nak tunggu bos. Itu bos, ini bos. Kalau nak settle senang je, teramat senang. Penyelesaiannya, hapuskan lesen-lesen tu. Bagitau peruncit, kalau nak jual semua, jual lah, pergi jahanam dengan lesen. Kan senang. Semua orang senang hati..


Peniaga senang hati boleh jual gula. Kedai mamak senang hati boleh beli tepung buat roti canai. Pakcik makcik kat rumah senang hati ada minyak masak boleh goreng keropok. Kita semua senang hati boleh minum nescafe o. Kan semua orang senang hati.

Monday, June 14, 2010

Mana Nak Cari Gula, Tepung & Minyak ni..


Hari ni 14 Jun. Esok 15 Jun. Kalau ikutkan sejarah memang takde pape yg menarik berlaku pada tarikh 15 Jun. Sebenarnya tarikh ni takde kaitan dengan sejarah pun. Tarikh ni ialah di mana kerajaan Malaysia kata "sapa-sapa nak jual gula, tepung & minyak masak kena ada lesen". Maksudnya?



Maksudnya selepas pada tarikh ini para peniaga runcit mungkin akan berhenti dari menjual gula kepada orang ramai. Mereka tak nak terlibat dengan lesen-lesen ni. Leceh. Tapi kerajaan Malaysia kata mesti ambik lesen.


Kalau nak jual tapi takde lesen? Para peniaga akan didapati melanggar undang-undang, mungkin akan ditangkap, mungkin didenda dan mungkin dipenjara. Sebab apa? Sebab jual gula takde lesen. Haah??

Saturday, June 12, 2010

Jangan Beli Ni..




Kalau terasa nak minum kopi dlm tin, dinasihatkan beli jenama selain dari jenama ini. beli nescafe ke, power root ke, ali cafe ke. jangan beli jenama ni. tak sedap.


nak tau macam mana rasanya?


kita buat nescafe time lunch. nescafe susu tapi tak cukup susu. pas tu nak bagi manis kita tambah gula sikit. letak ais. tunggu 4 jam bagi ais cair. pas tu minum. haa.. macam tu la rasanya. tak sedap langsung.